Viral Profit 468x60

20 December 2012

Kontroversi Melariskan Jualan oleh Zamri Nanyan

Kontroversi Melariskan Jualan oleh Zamri Nanyan

Hakcipta Terpelihara (c) 2012 ZamriNanyan.com



Pernah tak anda tengok di kaca televisyen sesetengah artis mendapat perhatian & liputan yang lebih besar semata-mata kerana gosip dan cerita yang belum tentu lagi benar atau auta?

Pasti pernah, bukan?

Ada sesetengah artis dilihat seperti sengaja mencipta kontroversi.

Maka selalulah kita dengar berita tentang artis-artis tersebut.

Tetapi pernah tak terfikir bahawa ini adalah salah satu lagi cabang pemasaran sebenarnya?

Tak kiralah kontroversi yang dicipta tersebut negatif atau positif tetapi yang pastinya ia memberikan kesan kepada artis tersebut dan seterusnya menaikkan nama beliau.

Apa natijahnya?

Bergantung kepada motif kontroversi tersebut dicipta.

Jika ianya adalah untuk menaikkan jualan album atau sesebuah filem, potensi jualan yang lebih besar akan terhasil.

Ini meningkatkan lagi pendapatan artis tersebut.

Mudah dan “viral”!

Jika dilihat dari segi menjual produk di internet pula, ternyata produk yang mempunyai kontroversi juga melalui proses yang sama.

Semakin kontroversi sesebuah produk tersebut, semakin ramai orang akan memperkatakan tentangnya.


 Ambil contoh ebook Rahsia Bisnes Kerajaan.





Pada awal lagi saya katakan yang ianya adalah sebuah ebook yang kontroversi kerana apa yang diajar di dalam ebook tersebut ada “grey area” atau “loophole” di dalam mendapatkan bisnes kerajaan.

Apa yang diajar amat efektif tetapi cara yang diajar di dalam ebook tersebut mungkin tidak mengikut buku teks.

Usahawan dan peniaga tegar tahu bahawa di dalam sesetengah situasi, cara di luar buku teks amat diperlukan.

Contohnya, jika anda belum ada premis perniagaan untuk menawarkan bisnes kepada kerajaan, anda boleh gunakan ______ (tak dapat saya dedahkan di sini sekarang).

Jadi _____ (tempat kosong) yang saya berikan di atas adalah pelaris ebook kontroversi seperi Rahsia Bisnes Kerajaan.

Sekarang, saya tak pasti bila anda terjumpa artikel ini dan sekiranya anda lawati laman web yang saya berikan di atas dan jualan ebook Rahsia Bisnes Kerajaan sudah ditutup, ini adalah satu lagi strategi pemasaran sesebuah produk, tapi biarlah saya huraikan strategi ini pada hari lain.

Namun, ebook Rahsia Bisnes Kerajaan memang pernah ditutup selama sehari disebabkan MOF ingin menyiasat kandungan ebook ini.



















Di dalam sehari penutupan ebook ini sahaja telah membuatkan ramai prospek bertanyakan “bila ebook ini akan dijual lagi”.

Sekali lagi kontroversi membuktikan bahawa ianya memainkan peranan penting di dalam melariskan jualan.

Lakukannya di dalam pemasaran anda.

Namun, satu sahaja pandangan peribadi saya.

Jangan mengada-adakan kontroversi yang tak wujud dan biarlah kontroversi yang dicipta dapat menaikkan lagi kredibiliti dan juga nama baik anda, bukannya sekadar menaikkan jualan semata-mata.

Kepada yang belum mendapatkan ebook Rahsia Bisnes Kerajaan, jangan lupa lihat tawarannya dan ambil tindakan sebelum 22 Disember ini.

Katanya jualan akan ditutup selepas 22 Disember 2012 dan jika ini benar dan anda terlewat buat pesanan, saya memang tak dapat menolong anda.

Dapatkan ebook Rahsia Bisnes Kerajaan di www.leecheeyung.com/bisneskerajaan



Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Salah satu kepakaran beliau ialah mencipta pendapatan berulang daripada Internet dan juga menghasilkan pendapatan melalui email. Sistem Pemasaran EMail AutoViral Percutian Australia adalah salah satu contoh bagaimana beliau menggunakan kaedah pemasaran email untuk menghasilkan pendapatan berulang di internet dan anda boleh lawati http://special.jomniaga.com/go/edward/ untuk maklumat lanjut.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. 


Walaubagaimanapun, anda dibenarkan untuk menukarkan link  http://special.jomniaga.com/go/edward/ kepada link affiliate anda untuk tujuan mempromosikan artikel ini kepada mailing list, blog, forum, Facebook dan sebagainya. Untuk mendapatkan link affiliate anda, lawati http://special.jomniaga.com/affiliates

Hakcipta Terpelihara (c) 2012 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
 

Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================


pemasaran email
v

No comments :

Post a Comment