Viral Profit 468x60

15 December 2010

Temuramah Ekslusif Pengasas Forum Wangcyber



Apabila Shuth WangCyber Ditemuramah.....

Apakah yang berlaku apabila pemilik kepada forum WangCyber kena temuramah? Tiada perkara yang lebih hebat lagi selain beliau sendiri mendedahkan rahsia kejayaan dan rahsia kekayaan yang beliau miliki dan perolehi selama terlibat dalam perniagaan internet. Yosh!

PELIK! Mengapa beliau ingin dedahkan perkara itu sedangkan beliau boleh simpan sahaja rahsia tersebut dan terus menghasilkan kejayaan dan mengumpul kekayaan seorang diri?

Siapakah pemilik kepada forum WangCyber yang saya gembar-gemburkan di sini? Tidak lain dan tidak bukan.. Beliau ialah saudara Mohd Suhaimy Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Shuth di dunia perniagaan internet. Jika anda pernah berkunjung ke forum WangCyber, anda pasti mengenali beliau.

Untuk pengetahuan anda, saudara Shuth merupakan seorang usahawan internet yang paling kuat menentang program-program buat duit di internet yang penuh dengan penipuan. Antara program buat duit penipu yang ditentang termasuklah Skim Cepat Kaya, Program Reseller, Skim Ponzi, HYIP dan banyak lagi.

Atas semangat beliau yang ingin menyedarkan masyarakat Malaysia bahawa program penipu seperti ini harus diabaikan, lantas beliau menubuhkan dan membangunkan forum WangCyber. Melalui platform inilah, saudara Shuth dan usahawan yang lain memperjuangkan perniagaan internet yang sebenar.

Dengan tertubuhnya forum WangCyber, kini, telah ramai orang kita yang celik dengan perniagaan internet. Malah, semakin ramai ahli-ahli dari WangCyber berjaya dalam bidang ini sehingga gah mendirikan perniagaan sendiri. Ianya memang satu pencapaian yang sangat membanggakan. Pada pendapat saya, seandainya tiada forum WangCyber, mungkin lebih ramai rakyat Malaysia terjebak dengan program-program buat duit yang menipu itu.  

Forum WangCyber baru satu kejayaan saudara Shuth. Terdapat banyak lagi kejayaan yang telah beliau cipta. Bagaimana dengan perniagaan internet yang beliau jalankan sehingga beliau mengumpul kekayaan daripadanya? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan rahsia-rahsia saudara Shuth, sahabat saya Faizul Noor telah menemuramah beliau dalam satu temuramah eksklusif. Hasil daripada temuramah itu, Faizul telah tulis dalam sebuah ebook.

Berita baik!

Anda boleh dapatkan ebook temuramah tersebut secara PERCUMA melalui link berikut:
www.panduanforum.com/temuramah-eksklusif



Sekiranya anda baca artikel ini dan berminat dengan rahsia-rahsia saudara Shuth, sebaiknya anda dapatkan SEKARANG kerana ebook tersebut hanya diedarkan kepada 100 orang sahaja! Semoga anda mendapat banyak manfaat daripada kandungan ebook temuramah itu.

No comments :

Post a Comment