Viral Profit 468x60

04 March 2010

Tips Penjimatan

Tips Penjimatan : Kurangkan Untuk Dapat Lebih



Zaman kini semakin gawat. Malah banyak artikel
dan akhbar yang membincangkan bagaimana untuk menghadapi zaman kegawatan ekonomi, selain dari memikirkan untuk menambah masuk lebihan wang, satu perkara yang perlu difikirkan lagi adalah bagaimana untuk mengurangkan pengaliran keluar wang belanja dari gaji bulanan anda.

Persoalannya  bagaimana untuk mengurangkan pengeluaran keluar wang perbelanjaan anda tersebut???

Setiap bulan anda akan mendapat gaji. Dari gaji tersebut anda membelanjakan wang anda bagi memenuhi keperluan hidup seharian anda. Mungkin antara belanja wajib yang perlu anda belanjakan adalah seperti di bawah:

Belanja dapur
Minyak kereta
Ansuran kereta
Sewa rumah
Bil Elektrik
Bil Air
Bil telefon
Bayaran pinjaman
Bayaran kad kredit
Dan lain-lain

Jika dilihat dari senarai di atas mungkin anda tidak tahu bahagian mana boleh anda kurangkan supaya pengeluaran wang anda dapat dikurangkan kerana secara majoritinya jumlah yang perlu dibayar memang tidak boleh dikurangkan lagi.

Bagi anda yang sememangnya mempunyai gaji besar dan mempunyai lebihan wang sudah pasti anda tidak mengalami masalah dalam menghadapi kehidupan seharian namun bagi mengambil langkah persedian zaman gawat anda juga perlu untuk mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Bagi anda yang boleh kata setiap bulan cukup-cukup makan sahaja perbelanjaan wang anda, anda harus ambil perhatian. Anda seumpama telur di hujung tanduk. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka anda berada dalam keadaan yang tidak selamat. Mengurangkan pengaliran keluar wang anda adalah sesuatu yang wajib.

Apatah lagi anda yang sentiasa garu kepala pening memikirkan wang yang tidak cukup setiap bulan. Mahu tidak mahu, susah atau senang anda terpaksa memaksa diri anda melakukan penjimatan dan seterusnya mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Apa pun keadaan ekonomi anda  PENJIMATAN  mampu membantu anda mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Baiklah  jika anda serius untuk mengurangkan pengaliran keluar wang anda maka anda perlukan satu panduan yang benar-benar efektif untuk dilakukan. Saya tahu anda tiada idea bagaimana untuk melakukannya. Oleh saya telah sediakan 25 cara yang pasti untuk anda lakukan. Cara yang mampu membantu menyelesaikan masalah anda.

Mulakan langkah awal penjimatan anda dengan klik link di bawah :
http://bit.ly/c9Jf3q


"JUALAN TELAH DITUTUP"

No comments :

Post a Comment